LAMBANG POKOK KELAPA SAWIT BELATAR BELAKANGKAN WARNA OREN Melambangkan
persekitaran sekolah. Kelapa sawit punca pendapatan utama di Felda Ulu
Penggeli. Warna Oren melambangkan perpaduan di antara pengurusan FELDA,
masyarakat dan keluarga dalam membina wawasan berilmu sekolah ini. TIGA GELUNG, BUKU DAN PENA BELATARBELAKANGKAN WARNA HIJAU. Melambangkan
keseimbangan ilmu yang diterima oleh pelajar dari segi rohani dan
jasmani. Ini adalah untuk meyediakan pelajar dari segi rohani dan
jasmani. Ini adalah untuk menyediakan pelajar agar bersedia menyambut
cabaran wawasan Negara. Warna hijau pula melambangkan kerohanian, keamanan dan kecintaan kepada sekolah dan alam sekitar. OBOR YANG MENYALA BERLATAR BELAKANGKAN WARNA BIRU Melambangkan
perjuangan yang ada pada diri setiap warga sekolah dalam mengejar
wawasan berilmu. Warna biru melambangkan guru berdedikasi, bersemangat dan berwawasan dalam usaha memimpin warga sekolah yang hauskan ilmu.
MOTO SEKOLAH BERILMU Membawa
pelbagai maksud, ianya menyatakan supaya setiap individu mestilah mempunyai ilmu untuk mencapai sesuatu cita-cita atau kejayaan tertentu.
Guru sebagai pendidik dan pembimbing di sekolah mestilah mempunyai
pengetahuan yang luas tentang sesuatu ilmu untuk dicurahkan kepada
anak-anak muridnya. Ilmu yang diberikan hendaklah mempunyai
keseimbangan dari segi jasmani, rohani dan intelek supaya akan lahir
generasi insan yang cerdik, bijak dan berterampilan, seimbang
perkembangan dari segi mental, sahsiah dan mempunyai semangat daya
juang untuk belajar dengan gigih dan tekun tanpa rasa jemu dan cepat
putus asa. BERAMAL Membawa
maksud harapan da citi-cita akan menjadi kenyataan apabila ilmu yang diterima dalam proses pengajaran dan pembalajaran diperaktikkan dalam
kehidupan seharian dengan cara sistematik. Justeru itu penerapan
nilai-nilai murni dalam bidang kokurikulum dan kokurikulum dan
mewujudkan insan yang seimbang. BERBAKTI Menggunakan
semula ilmu yang dipelajari dijadikan landasan untuk menyumbang Idea. Tenaga dan masa kearah faedah bersama. Walaupun keringat guru silih
berganti dalam usahanya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang namun
ia tidak berhenti begitu sahaja, sebaliknya berterusan walaupun
berlakunya Reformasi Pendidikan Negara. |