jba2002.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU PENGGELI
Felda Ulu Penggeli Tel : 07-7863337, Faks : 07-7863337
e-mel : jba2002@zoom-a.com
| HOME | Pra Kata | Sejarah | Falsafah Sekolah | Visi & Misi | Lagu sekolah | PIBG | UPSR | AKTIVITI | Pautan | Kaunseling | logo | Staf |

 


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(Tuan Hj Mukhatar Bin Hassim)


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum wrt wbt

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. MD Yazid Bin Badir selaku guru penyelaras ICT sekolah dan jawatankuasanya yang terlibat dalam pembangunan laman web SK LKTP Ulu Penggeli

Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung disamping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, pejabat pelajaran dan kementerian pelajaran. Pengunjung juga dapat maklumat

terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwin sepanjang tahun.

Kepada semua pengunjung saya mengucapkan selamat datang. Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkogsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung.

Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah SK LKTP Ulu Penggeli dapat melaksanakan semua program yang dirancang dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah luar bandar terbaik dapat dicapai menjelang tahun 2015.

CEMERLANG AKADEMIK, CEMERLANG AKHLAK

Tuan Hj. Mukhatar Bin Hassim

Guru Besar,

SK. LKTP Ulu Penggeli

Felda Ulu Penggeli,86007,

Kluang, Johor.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: